Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PM Sambut Baik Kenyataan...

KUALA LUMPUR – Kenyataan taikun dan usahawan Robert Kuok yang beliau menghargai setiap...

Polis Ambil Keterangan Takiyuddin

KOTA BHARU - Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hadir di Ibu Pejabat...

Keluarga Altantuya Menang Saman...

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan saman yang difailkan...

UMNO Perlu Berdiri Atas...

KLANG – UMNO dilihat perlu lebih kuat berdiri atas nama sendiri daripada mengharapkan...

Seludup Kokain Dalam Bungkusan Kurier

Teluk Intan : Seludup dadah dalam kuantiti sedikit dengan menyorokkan ke dalam bungkusan kurier mengandungi peralatan elektrik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itu helah digunakan sindiket penyeludupan untuk membawa masuk dadah jenis kokain dari Vancouver, Kanada yang berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak, 20 Oktober lalu.

Pengarah Kastam Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, hasil risikan pihak berkuasa antarabangsa, dua lelaki tempatan berusia 30 dan 37 tahun ditahan di Taman Antek Avenue di sini, pada 2.40 petang.

“Kami turut merampas bungkusan kurier yang disyaki mengandungi dadah jenis kokain dianggarkan seberat 207.24 gram bernilai RM41,000.

“Bungkusan itu beralamat dari Vancouver, Kanada dihantar ke Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier ke alamat di Teluk Intan,” katanya dalam sidang media di JKDM Teluk Intan di sini hari ini.


Dalam serbuan ini juga, Abdul Ghafar berkata, JKDM Perak turut merampas sebuah Toyota Vios dianggarkan bernilai RM80,000.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama 14 hari bermula 21 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika didapati bersalah dan disabitkan, dihukum mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah sekiranya tidak dihukum mati dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori