Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

MH17: Topeng Oksigen Masih...

SEORANG penumpang pesawat Penerbangan Malaysia MH 17 didapati masih memakai topeng oksigen ketika...

Pamer Nombor Plat Palsu,...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar kolej swasta hari ini didenda RM6,000 atau tiga...

“Tak Sangka MB Sendiri...

KUALA BERANG - “Saya tidak sangka Menteri Besar sendiri datang bawa khabar gembira...

‘Pesan Mi Tarik, Dapat...

SHAH ALAM - Kisah penghantar makanan tersalah hantar pesanan ke alamat yang lain...

Sesak Teruk, Pengguna Rayu Segera Lebarkan Laluan Persiaran Mokhtar Dahari

SHAH ALAM: Pihak berwajib dirayu segera melaksanakan pelebaran laluan sedia ada di Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, yang sering mengalami kesesakan teruk membabitkan anggaran lebih 100,000 pengguna, terutama pada waktu puncak sejak dua minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia adalah laluan utama penduduk di beberapa kawasan penempatan sekitar, terutama dari Alam Budiman, Kampung Meru dan Puncak Alam, yang kini terpaksa menempuh kesesakan hampir sejam berbanding perjalanan hanya memakan masa lima minit sebelum ini.

Malah, kekurangan lorong untuk menampung peningkatan aliran trafik di laluan terbabit kerap menyaksikan kesesakan berlaku hingga sepanjang lebih tiga kilometer (km).

Pengguna, Mohd Marzuki Abdullah, 48, mendakwa kesesakan lazimnya bermula dari seawal jam 6.30 pagi dan pernah berlarutan hingga jam 9 malam, menyebabkan ada yang kelewatan menghantar anak ke sekolah.

Namun, katanya, beliau tiada pilihan kerana ia adalah satu-satunya laluan untuk menghantar anak ke sekolah berdekatan.

“Saya tinggal di Alam Budiman dan menggunakan laluan ini setiap hari sejak 2009. Malangnya sejak kebelakangan ini, ia semakin sesak tanpa mengira hari sehingga saya terpaksa bertolak lebih awal berbanding biasa,” katanya ketika ditemui.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Alam Budiman, Badrulhisham Shahbudin, 53, berkata pihak berwajib perlu segera menyelesaikan masalah kesesakan di laluan itu, lebih-lebih lagi keadaan semakin teruk sekiranya berlaku kerosakan kenderaan dan kemalangan.


“Saya melihat berlaku peningkatan jumlah kenderaan, antaranya selepas pembukaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada 14 Oktober lalu.

“Masalah berlaku kerana laluan melepasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana hanya satu lorong, sedangkan jumlah kenderaan terlalu banyak,” dakwanya.

Badrulhisham berpendapat, masalah kesesakan itu boleh diatasi sekiranya pihak berwajib melebarkan lagi jalan dengan menambah lorong di laluan berkenaan.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli, berkata pihaknya berharap kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat mengambil tindakan segera untuk mengatasi isu berkenaan yang turut menjejaskan penduduk di Puncak Alam.

“Rakyat kini terbeban dengan masalah kesesakan teruk itu. Jumlah penduduk juga semakin meningkat dengan pembinaan projek perumahan baharu. Justeru, pelebaran jalan berkenaan perlu segera dilakukan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori