PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membuka permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula hari ini hingga 21 Oktober.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menurut Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan.
Beliau berkata, pemerhati dibenarkan membuat pemerhatian bagi proses proses pilihan raya seperti penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi dan penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.
“SPR mengingatkan agar mereka yang berminat untuk menyertai program ini supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mereka yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut serta memuat turun Borang Permohonan boleh melayari Portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/
-Utusan Online