Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Kedah Rampas 165.5...

SUNGAI PETANI - Polis Kedah berjaya menahan dua lelaki serta merampas 160 ketulan...

UMNO Bertahan Sehingga Kini...

KUALA LUMPUR - UMNO mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip wala'...

Anthony Bourdain Belanja Obama...

PERSONALITI TV popular, Anthony Bourdain berkongsikan foto dia sedang menjamu selera di sebuah...

Askar Zionis Kata Tidak...

BAITULMAQDIS - Tentera Israel, semalam berkata siasatan awal mengenai pembunuhan jururawat Palestin ketika...

Sultan Nazrin Perkenan Bubar DUN Perak

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkuat kuasa hari ini, menurut menteri besar Saarani Mohamad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Saarani diterima menghadap Sultan Nazrin pada Rabu lalu bagi memohon perkenan Sultan Nazrin untuk membubarkan DUN.

Dia ketika itu berkata Sultan Nazrin bertitah akan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung perkara itu.

Saarani kemudian dipanggil menghadap sekali lagi pada Jumaat lalu.

Perak membubarkan DUN secara rasmi hari ini bagi memberi laluan kepada PRU15.

Menteri Besar Saarani Mohamad berkata pembubaran DUN dilakukan selepas dia menerima warkah pengisytiharan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang memberi perkenan untuk membubarkan DUN berkuat kuasa hari ini.

“Watikah tersebut diperoleh pada Ahad,” katanya pada sidang media di Tapah.


Pada Rabu lalu, Saarani dilaporkan pertama kali menghadap Sultan Nazrin bagi mempersembahkan hasrat pembubaran DUN sebelum dititahkan sekali lagi menghadap pada Jumaat.

Menurut Saarani, warkah permohonan pembubaran itu dibuat selaras dengan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Saarani turut menyembah maklum mengenai pengumuman perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob mengenai pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Okt, serta syor supaya ketua kerajaan negeri mengambil tindakan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRU15 diadakan serentak.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN.

DUN Perak kini terdiri daripada 25 Adun BN, DAP (15), Amanah (lima), Bersatu (empat), PAS (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan Bebas (satu).

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori