Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rali Mallorca: Juruarah Pemandu...

MADRID - Seorang juruarah pemandu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan yang serius...

PN Sokong Pembahagian Kerusi...

MUAR : Perikatan Nasional (PN) menyokong usaha pembahagian kerusi melibatkan parti gabungan mereka...

2 Lelaki Disyaki Bakar...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mencari dua lelaki yang disyaki melakukan khianat dengan...

PRU15: UMNO Tenggara Tetap...

PETALING JAYA - UMNO Bahagian Tenggara hanya akan menghantar satu nama sahaja iaitu...

Suspek Rogol Budak Dicekup

Semporna : Polis menahan lelaki kurang 24 jam selepas disyaki merogol kanak-kanak perempuan di sini, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, 8, berada di Pekan Semporna sebelum dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda antara 8.30 hingga 9.30 malam ke lokasi tidak diketahui.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu saudara mangsa pada 12.09 tengah malam semalam.

Menurutnya, pengadu memaklumkan anak saudaranya dirogol suspek selepas ditemui oleh rakannya dalam keadaan lemah di belakang pasar raya, di sini.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) berjaya mengesan serta menangkap suspek di rumah tidak bernombor, di sini, pada 2.30 pagi hari yang sama.


“Suspek berumur 40 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi melengkapkan siasatan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata, mangsa dihantar ke Hospital Semporna sebelum dirujuk ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan (KK) iaitu kesalahan rogol kanak-kanak bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Inspektor Adham Ramli di talian (011-10145004) atau mana-mana balai polis berhampiran.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori