Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pekerja Ladang Warga Pakistan...

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja ladang warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas...

Remaja Lelaki 16 Tahun...

KUALA KETIL - Remaja lelaki berusia 16 tahun yang terjatuh ketika mandi di...

1 Lawan 1: Pakatan...

KETIKA sebuah akhbar tempatan yang diketahui memang cenderung pembangkang menyiarkan berita muka depan...

Masih Di Wad, Siti-Datuk...

SEBAGAI seorang bapa dan individu yang dikenali ramai, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa...

TH Optimis Kuota Jemaah Negara Meningkat Menjelang 2030

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) optimis jumlah jemaah haji negara akan meningkat pada masa akan datang sekali gus membolehkan masa menunggu tunai haji dapat dipendekkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut TH, keyakinan itu berdasarkan Visi 2030 Kerajaan Arab Saudi yang mensasarkan jumlah jemaah haji meningkat kepada 5.4 juta orang.

Bagaimanapun kata TH, buat masa ini, Kerajaan Arab Saudi masih belum menetapkan kuota haji rasmi dan syarat-syarat pemilihan bakal jemaah haji untuk musim haji 1444 Hijrah.

Jelas TH, bagi musim haji tahun 2023, keutamaan akan diberikan kepada bakal haji yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada tahun 2020, diikuti 2021, 2022 dan seterusnya mengikut prinsip sistem pendaftaran sedia ada.

“Pada setiap musim haji terdapat kekosongan yang disebabkan permohonan untuk menangguh giliran haji atas pelbagai sebab seperti kesihatan, pendidikan anak dan sebagainya.

“Walau bagaimanapun, kekosongan ini akan diisi dengan senarai jemaah yang menunggu atau pertimbangan diberikan kepada mereka yang membuat permohonan rayuan, “katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


TH berkata, pemilihan rayuan haji dilakukan berpandukan kriteria- kriteria tertentu dengan rayuan mahram diberikan keutamaan.

Ujar TH, ketika ini seramai 3.8 juta pendeposit telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menunaikan rukun Islam ke lima.

“Untuk makluman semua, kuota haji Malaysia dan lain-lain negara dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam OIC (Organisation of Islamic Cooperation) adalah pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, TH memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi kini giat membangunkan dua kota suci Makkah dan Madinah.

Katanya, ia bagi meningkatkan fasiliti serta kapasiti jemaah bertujuan memberi keselesaan kepada para jemaah haji dan umrah di masa akan datang,” tambahnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori