Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Proton-Geely Bakal Manfaatkan Vendor...

KUALA LUMPUR - Usaha sama antara pembuat kereta tempatan, Proton, dan syarikat automotif...

Ditimpa Malang, Iqram Dinzly...

MALANG tidak berbau... Pelakon, Iqram Dinzly mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM10,000 apabila kediamannya...

Tip Mudah Hias Ruang...

AKTIVITI hias ruang yang kecil boleh menjadi agak mencabar apabila kita mempunyai banyak...

Raya Berasingan, Rumah Tangga...

ALKISAH rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle pernah dikatakan goyah tahun lalu...

Tiga Beranak Maut Selepas Rempuh Lori Baiki Jalan

MELAKA – Nahas maut membabitkan tiga beranak di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini, pagi tadi berlaku selepas kereta dinaiki mangsa merempuh sebuah lori yang berhenti bagi kerja pembaikan jalan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, dan isterinya, Zubaidah Abd. Rajak serta anak mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq, setahun.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta jenis Honda Jazz dinaiki keluarga itu merempuh bahagian belakang lori yang sedang melakukan kerja pembaikan jalan.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lori terbabit telah berhenti di lorong paling kanan dan sedang meletakkan kon bagi kerja pembaikan pembahagi jalan.

“Bagaimanapun kereta dinaiki tiga beranak itu telah datang dari arah belakang dan merempuh lori terbabit,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.


Jelasnya, akibat rempuhan itu ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Tambahnya, pasangan suami isteri berkenaan merupakan jururawat yang bertugas di Hospital Pakar KPJ Puteri dan KPJ Johor di Johor Bahru.

“Kita turut dimaklumkan keluarga tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bercuti,” katanya.

Kesemua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan proses bedah siasat sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori