Melaka : Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan tiga sekeluarga maut di Kilometer 216 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Jejantas Ayer Keroh semalam, direman tiga hari bermula hari ini hingga Isnin.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani@Tan terhadap lelaki berusia 43 tahun itu.
Semalam, kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori kira-kira 11 pagi mengorbankan tiga beranak, Zubaidah Abd Rajak dan suami, Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, masing-masing berusia 28 tahun serta anak tunggal mereka, Muhammad Rizqi yang baru berumur setahun.
Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki itu yang sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan pembahagi jalan, berhenti di lorong paling kanan dan sedang dalam proses meletakkan kon apabila kereta dipandu Muhammad Nazirul Syafiq yang datang dari arah belakang, melanggar lori berkenaan.
-Harian Metro