Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Covid-19: 6,342 Kes Baharu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,342 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Jumaat dengan 99.34...

Operasi Israel Ragut 6...

BANDAR GAZA, Wilayah Palestin – Kejadian berbalas tembakan berlaku ketika tentera Israel mengadakan...

Jong-nam: Malaysia Bertegas Dapatkan...

KUALA LUMPUR - Malaysia tetap bertegas untuk mendapatkan profil asid deoksiribonukleik (DNA) bagi...

Sarawak Dijangka Tidak Alami...

MIRI - Sarawak diramal tidak alami banjir teruk seperti tiga tahun lepas, kata...

Tragedi Bot Karam, Bayi Berusia Setahun Lemas

KOTA BELUD: Seorang bayi lelaki berusia setahun lemas manakala, sembilan penumpang lain terselamat dalam tragedi bot karam yang berlaku di perairan Kampung Rampaian Laut hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, bot dinaiki mangsa bersama sembilan penumpang lain karam di perairan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian bot karam pada pukul 2.20 petang.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah bot yang dinaiki 10 penumpang dipercayai karam semasa dalam perjalanan dari Pulau Mantanani ke Kampung Rampaian Laut.

“Kesemua mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang dari melawat keluarga yang tinggal di Pulau Mantanani. Namun, bot dinaiki karam semasa dalam perjalanan pulang.


“Terdapat sembilan mangsa yang terdiri daripada empat lelaki dewasa, tiga wanita dewasa dan tiga kanak-kanak berjaya menyelamatkan diri dengan dibantu oleh penumpang bot lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

“Seorang bayi lelaki yang ditemukan oleh orang kampung disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kedua-dua bot itu bergerak secara beriringan semasa dalam perjalanan menuju ke Kampung Rampaian Laut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Syazwan berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.15 petang.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori