LONDON : Sekumpulan 25 penyelidik dari United Kingdom (UK) sedang membangunkan peralatan aliran lateral untuk mengesan virus cacar monyet berikutan kebimbangan penyebarannya ke tahap endemik.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menurut portal berita Daily Mail, peralatan yang akan berfungsi dengan cara sama seperti kit ujian Covid-19 itu mampu mengesan virus tersebut di peringkat awal sekaligus mengekang penyebarannya.
KUALA LUMPUR- A 4K Aerial & Timelapse Film of Malaysia
Pasukan itu juga akan mengkaji tentang pola penyebaran cacar monyet yang menjangkit 3,686 rakyat Britain dan memantau keberkesanan vaksin terhadap virus itu.
Badan Penyelidikan dan Inovasi UK (UKRI) yang menyokong kajian tersebut dengan bantuan dana sebanyak 2 juta pound (RM10.61 juta) menyifatkan projek tersebut sebagai rangsangan besar dalam memerangi cacar monyet.
Alatan tersebut dilaporkan akan dikilangkan dalam skala besar melalui kerjasama dengan badan penyedia kit ujian kesihatan, Global Access Diagnostics sebelum diedar ke seluruh dunia.
Awal tahun ini, United Kingdom (UK) hanya mencatatkan tujuh kes cacar monyet dan tiada penyebaran virus dalam komuniti yang didokumenkan kerana penyakit itu dikenal pasti hanya di Afrika barat dan Afrika tengah.
Tetapi jangkitan wabak tersebut yang banyak dikesan dalam kalangan lelaki gay dan biseksual itu mula melonjak di UK dan di seluruh dunia sejak Mei lalu.
Bagaimanapun, saintis masih bimbang virus itu boleh berubah ke tahap endemik di Britain jika merebak kepada haiwan dan memberi amaran penyebarannya ke negara lain berikutan peningkatan perjalanan antarabangsa.
-Utusan Online