Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Pertahan Hak Kebebasan...

NEW YORK - Dituduh seorang yang anti-Semitik, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Kisah Datuk Buat Burger...

KISAH menyayat hati seorang warga emas yang mahu makan malam bersama enam cucu...

Parti Akan Putuskan Nasib...

PUTRAJAYA - Laporan berhubung tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz...

Bayi Lelaki Bertali Pusat...

SIK - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui dalam keadaan berbalut...

Varian XBB Tiada Di Malaysia, KKM Pantau Elak Penularan

KUALA TERENGGANU: Mutasi baharu subvarian Omicron dinamakan varian XBB yang setakat ini dikesan di Singapura belum dikesan di Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan dan mengikuti perkembangan berhubung varian berkenaan yang turut dikenali sebagai BA.2.10.

“Kita memang menjalankan pemantauan rapi (dan) setakat ini, saya semak dengan IMR (Insitut Penyelidikan Perubatan) masih tidak ada lagi kes yang dilaporkan di negara kita.

“Bagaimanapun, kita pantau varian ini bagi mengelak kemasukan ke dalam negara dengan mengadakan saringan secara berkala dan pintu sempadan negara dengan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Penglihatan Sedunia Tahun 2022 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kes positif COVID-19, Dr Noor Hisham berkata, kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia memainkan peranan dalam mengurangkan risiko jangkitan.

Katanya, ketika ini, sebanyak 1,000 hingga 2,000 kes positif dilaporkan setiap hari namun kebanyakan kes berada pada tahap satu dan dua.


“Malah, kes parah yang masuk wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi), kita tak nampak peningkatan kes, sebaliknya berlaku penurunan katil ICU dan wad.

“Setakat ini, Alhamdulilah masih terkawal tetapi kita masih menjalankan saringan berkala dan setakat ini, walaupun virus ini sentiasa bermutasi (kita pantau) sama ada mutasi yang terkini ini akan menyebabkan satu lonjakan kes dan kemasukan ke hospital,” katanya.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham berkata, kadar liputan vaksinasi yang tinggi juga tidak menunjukkan lonjakan kes walaupun pintu sempadan dan semua sektor sudah dibuka pada 1 April lalu.

“(Sebelum ini) kita menjangkakan ada lonjakan kes antara 20,000 hingga 25,000 setiap hari pada akhir Mei selepas Aidilfitri, tetapi perkara ini tidak berlaku.

“Ini menunjukkan keberkesanan vaksinasi dan tindakan kesihatan awam. Sekarang kita juga ada ubat untuk rawatan berbeza berbanding pada 2020 kerana ketika itu kita tidak ada vaksin, ubat anti virus yang mujarab dan kit ujian kendiri untuk mengesan kes positif dengan lebih cepat,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori