Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hakim Tarik Diri Daripada...

PUTRAJAYA - Seorang daripada tiga hakim yang menganggotai panel Mahkamah Rayuan hari ini...

Khairy Sindir FAM Sibuk...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyindir Persatuan Bola Sepak Malaysia...

Sultan Johor Bayar Zakat...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak...

Internet Malaysia Ke-3 Paling...

PENGGUNA siber di Malaysia sewajarnya berasa bersyukur kerana tanpa disedari ramai pihak, Kesatuan...

Verstappen Bakal Hilang Gelaran Dunia Kepada Hamilton?

LONDON : Pentadbir Formula Satu (F1) kini berada di bawah tekanan hebat untuk menobatkan Lewis Hamilton sebagai juara dunia 2021 sekiranya pemandu Red Bull, Max Verstappen didapati bersalah melanggar peraturan had perbelanjaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Laporan muncul di Itali dan Jerman yang mendakwa Red Bull berbelanja melebihi had ditetapkan 114 juta pound (RM521 juta) tahun lalu.

Prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner menafikan dakwaan itu kelmarin, namun rakan sejawatannya di Merce­des, Toto Wolff menggesa badan automobil antarabangsa, FIA menguatkuasakan peraturan mereka dan bukannya berdiam diri.

Dengan kemenangan kontroversi yang diraih Verstappen pada perlumbaan terakhir di Abu Dhabi yang membolehkan pemandu Belanda itu mengatasi Hamilton dengan lapan mata, FIA sepatutnya lebih sensitif dengan apa yang berlaku.

Wolff berkata, had perbelanjaan mungkin evolusi peraturan ­paling penting memastikan semua pasukan mendapat kelebihan sama rata.


“Adalah sangat penting peraturan ini dikawal. FIA telah me­nunjukkan pendirian yang cukup teguh dalam menguatkuasakan semua jenis peraturan.

“Jadi jika kita bercakap sekarang tentang sesuatu yang besar, dia akan menunjukkan integriti dan kepimpinan yang sama ­seperti sebelum ini,” katanya menjelang Grand Prix Singapura ini hari ini.

FIA dijangka mengeluarkan keputusan siasatan mereka pada Rabu depan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori