Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Tiba Di...

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini...

Rakyat Perlu Bersatu Menentang...

KOTA BELUD - Rakyat Malaysia perlu bersatu padu menentang campur tangan asing yang...

Pengambilan Graduan Perubatan Tak...

PUTRAJAYA - Pengambilan graduan perubatan untuk mengikuti latihan siswazah tidak pernah dihentikan dan...

AS Ucap Tahniah Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Amerika Syarikat mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan selaku...

Waspada Gelombang Kecil Covid-19 Omicron XBB

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi peringatan kepada orang ramai untuk terus berwaspada susulan negara sedang berdepan gelombang kecil Covid-19 membabitkan sub-varian Omicron XBB.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, empat kes XBB tersebut terdiri daripada tiga individu lelaki dan seorang wanita yang berusia lingkungan 25 hingga 51 tahun dari Selangor dan Negeri Sembilan.

Menurut beliau, semua kes tersebut merupakan kategori dua membabitkan warga tempatan yang dikesan positif Covid-19 melalui survelan penjujukan genom.

“Dalam erti kata lain, (negara) sedang berdepan dengan gelombang kecil, tak pasti sama ada gelombang kecil ini akan menjadi gelombang besar, itu bergantung kepada tindakan komuniti dalam tempoh masa seminggu dua ini.

“Tetapi daripada segi kesan atau keseriusan, kita dapati buat masa ini tidaklah menunjukkan sesuatu yang membimbangkan cuma KKM mengambil maklum mengenai trend yang sedang meningkat ini,” katanya menerusi sidang akhbar perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Katanya, KKM ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan berwaspada lebih-lebih lagi semasa kempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


“Pada Minggu Epidemiologi (ME) 43/2022 bermula 23 Oktober sehingga kelmarin, bilangan kes baharu Covid-19 meningkat sebanyak 16.5 peratus iaitu dari 14,525 kes (ME 42/2022) kepada 16,917 kes.

“Gelombang jangkitan, bilangan kes akan pasang surut, beberapa minggu akan datang mungkin akan meningkat malangnya ‘timing’ serentak dengan PRU15 sebab itu lah saya buat keputusan beri nasihat dari KKM kepada orang ramai mengenai trend kes yang semakin meningkat,” jelasnya.

Katanya, pemakaian pelitup muka pula adalah tidak wajib, ia secara sukarela tapi amat digalakkan untuk dipakai di kawasan tertutup atau sesak.

“Saya sangat mengesyorkan untuk memakai pelitup muka di kawasan tertutup terutama bagi mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas, mempunyai masalah penyakit kronik atau pun masalah sistem imun,” ujarnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori