Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memaklumkan DAP akan menampilkan lebih ramai calon dalam kalangan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ikuti Mynewshub: Telegram
Beliau dalam satu temuramah secara terbuka mengakui itu adalah strategi politik baru DAP berbanding cuma meletakkan seorang calon Melayu pada PRU14.
Persoalannya, apakah Melayu akan terpengaruh dengan taktik DAP kali ini hanya masa akan menentukan pada 19 November 2022.
Apakah Melayu begitu mudah terlupa tentang istilah “Guna Melayu ‘Screw’ Melayu” dalam satu ceramah pemimpin DAP masa juga akan menentukan.
Masa juga akan menentukan apakah Melayu sudah terlupa bagaimana Tun Mahathir dipergunakan DAP untuk mendapatkan sokongan Melayu.
Begitu juga apakah Melayu telah terlupa bagaimana Pas pernah dipergunakan DAP untuk mendapatkan sokongan umat Islam dalam Pakatan Rakyat.
Apakah Melayu akan turut terlupa bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dipergunakan oleh DAP untuk menumbangkan UMNO.
Saksikan apa terjadi hari ini. Pemimpin Melayu berpecah-belah dek kebijaksanaan DAP mengambil kesempatan daripada sikap tamak sebilangan pemimpin Melayu itu.
DAP pula terus bersatu dan bermuslihat untuk misinya menguasai Malaysia bagi manfaat agenda jangka masa panjang mereka ke atas negara ini.
Melayu sudah tidak banyak pilihan. Melayu bersama Mahathir dan Muhyiddin pasti tidak akan menang kerana ketiga-tiganya tiada akar umbi yang kuat.
Melayuu memberi undi kepada parti Mahathir, Muhyiddin mahupun PAS sekadar memecahbelahkan undi Melayu sedangkan Melayu tidak boleh berpecah lagi.
Kini masa untuk Melayu dalam politik `minoriti’ bersama Melayu dalam politik `majoriti’ supaya Melayu bertambah kuat dan Melayu dalam politik `majoriti’ adalah UMNO.
Tidak mengapa kita mungkin tidak dapat bersama dalam sebuah parti bernama UMNO, tetapi demi masa depan Melayu, undi pada UMNO yang menggunakan panji BN.
-Mynewshub