KUALA LUMPUR : Kira-kira 100 petugas media tempatan dan luar negara berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang menjadi Command Centre Barisan Nasional (BN) untuk keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sejak pukul 7 petang ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Keadaan di situ adalah di luar jangka memandangkan petugas media belum dapat menyaksikan siaran langsung keputusan pilihan raya bagi kerusi-kerusi Parlimen yang ditandingi BN.
Utusan Malaysia difahamkan, BN menyediakan empat skrin gergasi yang dipasang di Dewan Tun Hussein Onn hanya untuk kemudahan pemimpin-pemimpin BN menonton siaran langsung keputusan pilihan raya.
Petugas media bagaimanapun tidak dibenarkan berada di dalam dewan berkenaan dan masih menunggu makluman daripada pihak Command Centre BN.
Setakat pukul 8.20 malam ini, keadaan di sekitar luar dewan masih terkawal dengan kehadiran beberapa penyokong BN, namun tidak kelihatan mana-mana pemimpin parti.
-Utusan Online