PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan hari Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Ikuti Mynewshub:Ā Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam diawalkan pada 17 November ini dan bagi pesara pula, bayaran pencen adalah pada hari ini.
Beliau berkata, bagi memudahkan pengundi balik mengundi, pemberian tol percuma untuk 30 konsesi Lebuh raya ditawarkan dua hari kepada para pengguna sempena hari Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada 19 November ini.
āTol percuma tersebut bermula dari pukul 12.01 pagi 18 November (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari Sabtu, 19 November, melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya.
āImplikasi kewangan daripada inisiatif ini akan diserap sepenuhnya syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sebagai salah satu dari inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka, dengan anggaran kos tanggungan sebanyak RM34.5 juta,ā katanya dalam majlis pecah tanah bangunan CUEPAC di sini hari ini.
Tawaran pemberian tol percuma ini diputuskan setelah mengambil kira cadangan dan rundingan yang melibatkan antara Kementerian Kerja Raya dengan semua syarikat pengendali konsesi lebuh raya.
Melalui inisiatif ini, kata beliau, kerajaan berharap dapat meringankan serba sedikit beban kewangan para pengguna khususnya warganegara untuk pulang mengundi demi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemilih dalam sistem demokrasi yang diadakan pada setiap lima tahun sekali.
UtusanOnline-