Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Perbicaraan Kes 1MDB Najib...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes berprofil tinggi membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Polis Tahan 7 Suspek...

TAWAU - Polis dapat mengesan dan menahan tujuh suspek dipercayai terlibat dalam kes...

Nelydia Senrose Anggap Isu...

PELAKON Nelydia Senrose menganggap masalah cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)...

Warga Asing Di Pasar...

PETALING JAYA - Kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di sini, yang diletakkan di...

3 Ditahan Terbalikkan Myvi Di Masai

JOHOR BAHRU – Polis telah menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dengan insiden menterbalikkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dilaporkan berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang di sini malam semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek ditahan dalam beberapa operasi yang dijalankan di Jalan Bunga Raya, Masai dan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai bermula pukul 10.45 pagi, hari ini.

Menurut beliau, mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 24 tahun.

“Polis maklum sebuah video tular berdurasi 38 saat yang menunjukkan berlakunya kekecohan di sebuah stesen minyak di Taman Kota Masai berpunca daripada kemalangan antara sebuah kereta dan seorang penghantar makanan.

“Dalam kejadian berkenaan, pemandu kereta dan penunggang motosikal masing-masing berusia 21 tahun mengalami kecederaan, namun berada dalam keadaan stabil.


“Buat waktu ini, polis masih menyiasat apakah punca orang ramai bertindak merusuh dan menterbalikkan kereta yang dipandu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, ketiga-tiga suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Buat waktu ini, polis masih menjalankan operasi untuk menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dengan kejadian rusuhan berkenaan.

“Sehubungan itu, kami menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri dan sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” jelasnya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori