Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tempoh 50 Tahun Konsesi...

KUALA LUMPUR – Tempoh 50 tahun perjanjian konsesi Lebuh Raya Pantai Barat (WCE)...

Lebih 1,000 Orang Sambut...

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air...

Skandal FB, Cambridge Analytica...

FIRMA analisis pemasaran Britain, Cambridge Analytica mengumumkan penutupan operasi dan bakal mengemukakan permohonan...

Kim Swee Akur Keputusan...

PENGENDALI skuad bawah 22 tahun (B-22), Datuk Ong Kim Swee akur dengan keputusan...

31,183 Petugas Polis, Unit Dron Pantau Proses Penamaan Calon

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan 31,183 petugas serta aset dron di seluruh negara bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali, berkata ia membabitkan tugas pemantauan petugas beruniform dan tidak beruniform serta Unit Dron PDRM.

Beliau yang juga Pengarah Operasi PDRM bagi PRU15 berkata, PDRM siap siaga bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga sepanjang proses penamaan calon PRU15 berlangsung.

“PDRM menyeru semua pihak yang terbabit agar memberi kerjasama dalam mematuhi undang-undang dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Sementara itu, di Pulau Pinang, jurucakap PDRM PRU15 Pulau Pinang, memaklumkan lebih 2,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas di 13 pusat penamaan calon serta kawasan sekitarnya bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar esok.

“Pihak polis turut menutup beberapa jalan utama dan membuka lencongan haluan di 13 pusat penamaan calon itu bagi memastikan kelancaran perjalanan proses tersebut dan orang ramai diminta mematuhi arahan pihak polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, jalan yang ditutup bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah hari atau sehingga proses penamaan calon selesai.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori