Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Gaji Teong Kim RM175,000...

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan gaji...

RCI Forex: Anwar, Mahathir...

KUALA LUMPUR - Nama-nama yang bakal dipanggil bagi membantu siasatan dalam kes kemungkinan...

Penjawat Awam Wanita Boleh...

SEREMBAN - Penjawat awam wanita akan dibenarkan cuti tanpa gaji sehingga lima tahun...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini dengan tanpa...

4 Calon Bersaing Di P.108 Parlimen Shah Alam

SHAH ALAM : Empat calon bertanding merebut kerusi Parlimen P.108 Shah Alam yang dikosongkan Khalid Abdul Samad yang bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Asma Zin berkata, keempat-empat yang dinamakan oleh parti masing-masing tiada masalah dengan borang pencalonan dan lulus untuk bertanding bahagian pilihan raya tersebut.

“Calon nombor satu daripada Pakatan Harapan (PH), Azli Yusof.Calon nombor dua daripada Parti Pejuang, Mohd. Rafique Rashid Ali.

“Calon ketiga daripada Barisan Nasional (BN), Hizatul Isham Jalil dan keempat, Parti Perikatan Nasional (PN), Dr.Afif Bahardin,” kata beliau pada Majlis Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) P.108 Parlimen Shah Alam di Dewan Teratai Seksyen 19 hari ini.


Terdahulu kesemua calon hadir bersama ratusan penyokong seawal pukul 8 pagi di kawasan berkumpul yang telah ditetapkan.

Penyokong-penyokong berada dalam terkawal tanpa insiden yang tidak diingini. Bermula hari ini kesemua calon tersebut diberi ruang berkempen sehingga pukul 12 tengah malam 18 November ini.

Untuk rekod pada PRU14, Khalid yang bertanding di bawah bendera PKR menang dengan mendapat 55, 949 undi dengan majoriti 33,849 undi menewaskan Azhari Shaari daripada BN yang mendapat 22,100 undi dan Dr.Zuhdi Marsuki yang memperoleh 15,194 undi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori