Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

2 Penunggang Motosikal Maut...

DUNGUN - Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di...

Lelaki Hilang Di Broga...

SEORANG lelaki berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang selama tujuh hari selepas mendaki...

Pembunuh Baby Zara Kekal...

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas tukang gunting...

Lebih 200 Kucing Terbiar...

JOHOR BAHRU - Penjara Ayer Molek berusia 133 tahun di ibu negeri Johor...

58 Permit Ceramah, Kempen Diluluskan Di Johor Semalam

JOHOR BAHRU: Polis Johor meluluskan 58 permit ceramah dan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di seluruh negeri ini, bagi tempoh semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, jurucakap Media PRU-15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som, berkata daripada jumlah itu, hanya 47 saja ceramah dan kempen dijalankan parti bertanding sehingga tengah malam tadi.

“Kita meluluskan 58 permit ceramah dan kempen yang dimohon selepas tamat proses penamaan calon semalam.

“Hasil pemeriksaan, hanya 47 ceramah dan kempen saja dibuat sehingga tengah malam tadi.

“Secara keseluruhannya, situasi keselamatan di negeri ini terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Ibrahim berkata, semua parti dan kumpulan penyokong mereka dinasihat sentiasa mengikuti peruntukan undang-undang ditetapkan dan menghormati antara satu sama lain dalam tempoh berkempen.

“Jika ada sebarang masalah timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kempen PRU15 bermula semalam selepas proses penamaan calon, yang akan berlangsung selama dua minggu sebelum hari mengundi pada 19 November ini.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam kenyataan media, berharap semua pihak yang terbabit dalam PRU15 dapat meneruskan amalan murni sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian demi keamanan dan kemakmuran negeri ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori