Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Seorang Nelayan Dikhuatiri Hilang...

MELAKA - Seorang nelayan dikhuatiri hilang setelah jatuh ke dalam laut di perairan...

Pakar Laut Australia Kata...

CANBERRA - Tahun lalu, seorang lelaki dilaporkan hilang ketika belayar dengan bot kecilnya...

Tommy Lantik Sulaiman Dan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara lantik Datuk Sulaiman Abdullah sebagai peguam mengetuai...

Anonymous Malaysia Ancam Bom...

TERTUMPAS sudah tiga individu yang dikenali sebagai Anonymous Malaysia yang dipercayai terbabit dalam memuat...

Ahmad Zahid Kerap Buat Amal Jariah, Bersedekah – Saksi

KUALA LUMPUR : Dua bekas pegawai kanan di pejabat Timbalan Perdana Menteri memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerap melakukan amal jariah dan memberikan sumbangan kebajikan dalam bentuk wang tunai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kedua-duanya yang merupakan saksi pembelaan kelima dan keenam menggambarkan Ahmad Zahid sebagai individu pemurah dan kerap bersedekah untuk tujuan kebajikan, pendidikan dan membiayai kajian dalam beberapa sektor selain tujuan pelaburan.

Bekas Setiausaha Sulit Kanan Ahmad Zahid, Dr. Sabri Zainudin Zainul, 61, memberitahu, ramai individu sering mengunjungi pejabat Timbalan Perdana Menteri memohon dana bantuan untuk menyambung pelajaran.

Beliau yang pernah berjawatan Komandan di beberapa Pusat Serenti di ibu negara berkata, Ahmad Zahid kebiasannya bersetuju memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai.

Menurut Sabri, jika Ahmad Zahid tidak mempunyai wang ketika itu, beliau (saksi) akan diminta mendahulukan wangnya sendiri untuk menyalurkan bantuan dan menggantikannya selepas itu.

Ujar saksi pembelaan kelima, bekas Timbalan Perdana Menteri turut menampung perbelanjaan sambutan Hari Keluarga anjuran Kementerian Dalam Negeri setiap tahun menggunakan wang peribadi.

Sementara itu, pegawai khas Ahmad Zahid, Datuk Mohd. Kamal Abdullah, 65, berkata, kebanyakan sumbangan yang beliau lakukan melibatkan pembinaan masjid dan surau, pusat tahfiz dan sumbangan kepada orang miskin, anak yatim serta ibu tunggal.

Ujar saksi pembelaan keenam, sumbangan beliau bukan sahaja tertumpu di kawasan Bagan Datuk dan Melaka malah di seluruh negara dan juga di luar Malaysia sama ada menggunakan wang peribadi atau melalui Yayasan Akalbudi miliknya.

Mohd. Kamal juga pernah berjawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas ketika Ahmad Zahid berkhidmat dalam kerajaan berkata, sumbangan itu termasuk penubuhan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Al-Bab di Melaka yang siap sepenuhnya pada 2014 yang dibiayai dana Yayasan Akalbudi.

Saksi turut berkata, Ahmad Zahid juga menyumbang RM10 juta untuk membina sebuah masjid di Melaka yang dinamakan Masjid Salmah Khamis sempena nama ibu dan bapa mertua beliau yang siap sepenuhnya pada 2017.

Ujarnya, pembinaan Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Akalbudi dan Yayasan Al-Falah yang dijangka siap November ini, namun tergendala akibat pembekuan akaun Yayasan Akalbudi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Sequerah bersambung esok.

Mahkamah sedang mendengar perbicaraan Presiden UMNO yang menghadapi 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana yayasan untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.

Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn. Bhd.

Suapan itu sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Ahmad Zahid juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 2016 dan 2018.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori