Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Abang Maut Akibat Dipukul...

ALOR SETAR - Seorang abang meninggal dunia selepas dilaporkan bergaduh dengan adiknya di...

iFingerLock : Mangga Dengan...

iPhone 6 dan Samsung Galaxy Alpha adalah dua peranti terkini yang mempunyai sistem...

Peniaga Online ‘Kedekut’ RM70...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini melancarkan program Online Networking...

Pertemuan Trump, Xi Lakar...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata, pertemuan buat kali pertama...

Amaran Ribut Petir Hampir Di Seluruh Negara Petang Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hampir di seluruh negara sehingga pukul 4 petang ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan bagi seluruh negeri Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan di beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Pahang.

“Di Kedah cuaca buruk dijangka melanda Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, di Pulau Pinang, kawasan terlibat di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan manakala di Perak pula adalah di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Berbeza di Terengganu, ribut petir hanya meliputi Besut manakala di Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin,” katanya.

Dalam masa sama, MetMalaysia berkata hujan lebat berserta ribut petir juga boleh berlaku di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.


“Hujan lebat turut dijangka melanda Selangor di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

“Sementara itu di Negeri Sembilan ribut petir bakal melanda Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah serta Johor di Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Tidak terkecuali katanya, Sarawak dan Sabah turut menerima hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan.

“Di Sarawak kawasan terkesan adalah Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Selain itu di Sabah cuaca sama diramal berlaku di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat, ” katanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori