Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Malaysia Kutuk Serangan Rejim...

KUALA LUMPUR — Malaysia mengutuk keras-kerasnya serangan pasukan keselamatan rejim Israel terhadap umat...

Kapal Tangki Bawa 1.3...

BANGKOK: Seorang maut dan tiga yang lain cedera selepas sebuah kapal tangki membawa...

Polis Rekod Keterangan Anak...

KUALA LUMPUR – Polis hari ini merekod keterangan Nooryana Najwa, anak perempuan bekas...

UAE Umum Upah Setara...

PEKERJA lelaki dan wanita di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal menerima jumlah upah...

Apa Itu Nombor TIN HASiL?

Pada 7 Oktober 2022 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) telah dilaksanakan bagi memperluaskan asas cukai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mungkin ada yang masih kurang memahami atau keliru apa itu TIN?

TIN adalah Nombor Cukai Pendapatan seperti mana rekod sedia ada pada HASiL seperti kategori pembayar cukai dan jenis fail mereka.

Ia dilaksanakan semata-mata bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai di negara ini sekali gus memacu sumber pendapatan buat negara.

Menurut HASiL, pembayar cukai yang boleh ditaksir dan boleh dikenakan cukai atau pembayar cukai yang dikehendaki mengemukakan borang nyata diwajibkan mempunyai nombor TIN.

Bagaimanapun, mana-mana pembayar cukai yang telah diberikan nombor cukai pendapatan sebelum atau pada 1 Januari 2022 tidak perlu mendapatkan nombor TIN.

Ia kerana nombor cukai pendapatan itu telah disifatkan sebagai TIN bagi pembayar cukai berkenaan.

Mereka yang masih belum memiliki nombor cukai pendapatan sebelum atau pada 1 Januari 2022 boleh menerima nombor TIN melalui kaedah berikut:


– Pendaftaran automatik seperti pendaftaran nombor cukai pendapatan individu melalui potongan cukai bulanan (PCB)

– Pendaftaran secara automatik bagi syarikat baharu diperbadankan (syarikat tempatan atau syarikat asing) yang telah mendaftar secara dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Portal MyCoID

– Secara dalam talian di e-Daftar atau

– Proses pendaftaran manual di Cawangan HASiL yang berhampiran.

Justeru, usah berasa runsing dengan pengumuman pelaksanaan nombor TIN oleh HASiL kerana bukan tujuan HASiL untuk menyusahkan para pelanggannya.

Sebaliknya sentiasa berusaha memperkemaskini perkhidmatan agar lebih lancar dan efisien untuk mempermudahkan urusan pembayar cukai.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari pautan berikut https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_TIN_1.pdf .

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori