Pembayar cukai perlu mengemukakan Borang Nyata BN dan digalakkan untuk menggunakan e-Filing menerusi https://mytax.hasil.gov.my.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Kecuali bagi pembayar cukai yang tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB) sebagai Cukai Muktamad.
Bagaimanapun apakah yang boleh kita lakukan jika menyedari BN yang kita hantar tidak tepat?
Khususnya bagi mereka yang baru memasuki alam pekerjaan dan pertama kali menghantar BN.
Pertamanya, anda tidak perlu menghantar BN buat kali kedua. HASiL tidak membenarkan anda menghantar BN lebih daripada sekali.
Bagaimanapun, anda boleh menghantar surat rayuan kepada HASiL yang menyatakan kesilapan yang telah dibuat dalam BN.
Dan ianya perlu disertakan dengan dokumen sokongan seterusnya membuat pengiraan semula ke cawangan yang mengendalikan fail anda.
Sekiranya pindaan melibatkan pendapatan terkurang lapor atau pelepasan terlebih lapor yang mengakibatkan cukai atau cukai tambahan, anda perlu mengisi Borang Nyata Terpinda BE/B.
Borang Nyata Terpinda yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan ke cawangan HASiL yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.
Mudah bukan. Jadi usah terlalu bimbang jika tersilap lapor. HASiL sentiasa mempermudahkan urusan pembayar cukai.
-Mynewshub