Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jemaah Haji N.Sembilan Diingat...

SEREMBAN – Bakal jemaah haji di Negeri Sembilan diingatkan agar menyempurnakan ibadah itu...

PSM Serah Memorandum Gesa...

PUTRAJAYA - Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan memorandum kepada Kementerian Kesihatan bagi menggesa...

#Trending: Kerja Bodoh, Cium...

KALAU pun nak tunjukkan perasaan sayang dan cinta kepada buah hati, banyak lagi...

Significance of Good Work...

Exclusive narrative to begin composition. There are several great themes for this sort...

Armishah Taruhan BN Saingi Tun M Di Langkawi

LANGKAWI: Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan bekas Setiausaha Sulit kepada tiga Menteri Besar Kedah, Datuk Armishah Siraj bagi merampas semula kerusi Parlimen Langkawi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Armishah, 58, ahli UMNO cawangan Kampung Kuah di sini, diberi tanggung jawab besar menentang penyandang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau pernah bertugas sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kelapan, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dari 1999 hingga 2005, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah (2016-Mei 2018) dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Mei 2020-2022).

Pemilihan Armishah diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid pada Majlis Pengumuman Calon BN di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam tadi.

Sementara itu, Armishah berkata, beliau berterima kasih dan bersyukur atas kepercayaan pucuk kepemimpinan BN yang memberi kepercayaan kepadanya dalam pilihan raya ini.


“Pencalonan ini adalah satu amanah yang sangat besar dari pucuk pimpinan BN untuk saya bertanding mewakili parti dalam PRU15.

“Jadi, saya dengan rendah diri menawarkan diri, kudrat, tenaga dan usaha untuk mewakili seluruh masyarakat pulau ini sebagai Ahli Parlimen,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Beliau berkata, sokongan dan kerjasama semua jentera parti dan pengundi penting bagi merampas kembali kerusi Parlimen Langkawi.

Sebelum ini, media melaporkan, Dr Mahathir mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori