PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta tempoh beberapa hari lagi sebelum barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan diumumkan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perdana Menteri berkata, beliau kini masih lagi mengadakan perbincangan dengan kepemimpinan tiga parti utama yang lain.
“Perbincangan masih berlangsung dan saya perlu berbincang dengan tiga parti utama yang lain, saya rasa mungkin beberapa hari lagi saya boleh kemukakan cadangan yang diberikan.
“Tetapi saya tetap memperkecilkan anggota Kabinet dan tidak mahu melantik lebih 70 menteri untuk memberi imbuhan kerana menyokong saya.
“Saya mahu mereka menyokong saya dengan dasar yang dibawa dan komitmen antirasuah, serta meningkatkan ekonomi negara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022, di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
-Berita Harian