Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mahathir Perlu Sedar Dirinya...

KUALA LUMPUR – Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah ‘top dog’...

Apa KJ Buat Kat...

JIKA anda merupakan pengikut Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin di rangkaian...

VIDEO : Kalau Kena...

Bagi pelajar sekolah tidak kiralah di sekolah asrama atau tidak yang mungkin menjadi...

Bekas MB Selangor Doakan...

KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik...

Betulkah Perikatan Nasional (PN) Gabungan Politik Yang Bersih, Stabil Dan Prihatin?

1) Bersih

– Bukankah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih terpalit dalam kontroversi projek RM3 bilion 1BestariNet?

Isu yang turut disentuh dalam buku memoir bekas Menteri Pendidikan kerajaan PH, Maszlee Malik.

Maszle mendakwa dipanggil oleh Tun Mahathir Mohamad kerana tidak melanjutkan kontrak YTL.

Mahathir memberitahu Muhyiddin amat marah menyebabkan dia digugurkan sebagai Menteri Pendidikan.

Ramai pihak menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk untuk menyiasat skandal 1BestariNet.

Malangnya tiada sebarang tindakan oleh kerajaan campuran pada tahun lalu.

– Bukankah pemimpin PN masih terpalit dalam kontroversi rakaman video songsang semburit tidak HD?

Setakat ini tiada sebarang kenyataan oleh pemimpin mengesahkan rakaman video songsang tidak HD itu palsu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

2) Stabil

– Bukankah PN dibarisi `katak-katak politik’ yang amat dibenci oleh rakyat kerana mengkhianati mandat PRU14?

Apakah mereka yang `melompat-lompat’ ini boleh dipercayai akan membawa kestabilan untuk rakyat dan negara.

Sedangkan mereka sanggup mengkhianati kepercayaan pengundi untuk jawatan dan kedudukan.

– Bukankah PN seringkali menggugut BN akan menekan butang sedangkan BN juga anggota kerajaan campuran?

Bukankah Pengerusi PN selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi memperlekehkan kepimpinan Perdana Menteri?

Apakah akan ada kestabilan jika kerajaan campuran terbentuk semula selepas PRU15?


– Bukankan PN yang berbohong kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam isu Ordinan Darurat?

Bagaimana PN akan membawa kestabilan jika Yang Di-Pertuan Agong pun tidak dihormati dan diperkotak-katikkan

3) Prihatin

– Pengerusi PN membantah pengeluaran sedikit wang-WSP semasa rakyat dalam keadaan terdesak.

Memberi pelbagai alasan termasuk rakyat akan miskin pada hari tua dan kerajaan tiada wang.

Selepas didesak dan ditekan oleh Najib Razak serta Zahid Hamidi baru beliau membenarkannya.

Kemudian cuba mengambil kredit seolah-olah beliaulah `bapa pengeluaran wang KWSP’

– Rakyat terpaksa mengangkat `bendera putih’ semasa Pengerusi PN menjadi Perdana Menteri.

Sebab tindakannya melaksanakan PKP demi PKP yang paling panjang dalam dunia.

Isu tutup pintu depan, tetapi buka pintu belakang yang berlaku dalam kerajaan PN masih diingati.

4) Kesimpulannya, PN bukanlah gabungan politik seperti didakwa Prihatin, Bersih dan Stabil.

Dalamnya ramai pemimpin yang terpalit pelbagai skandal dan isu, tetapi berselindung di sebalik imej Pas.

Justeru, pengundi PRU15 perlu ingat bahawa PN bukanlah Pas, tetapi PN adalah Bersatu.

Bersatu yang menguasai Pas ketika ini, termasuk dalam isu Pas mahu bekerjasama dengan BN.

Sehinggakan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan terpaksa tunduk kepada Bersatu dalam isu berkenaan.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori