KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) masih tidak memberi sebarang keputusan sama ada untuk menyertai gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) mahupun gabungan Perikatan Nasional (PN).
Ikuti Mynewshub: Telegram
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan itu berlaku apabila ada sebahagian dari Ahli Parlimen BN yang telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bersama Perikatan Nasional.
“Buat masa ini tiada keputusan, namun saya optimis satu keputusan bakal dibuat bagi memastikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan yang stabil.
“Seperti yang sedia maklum, Ahli Parlimen BN yang mendahului parti mereka bakal berdepan dengan tindakan tegas,” katanya ketika sidang akhbar di Hotel Seri Pacific sebentar tadi.
-Kosmo Online