Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Doktor Bunuh Wanita Ketika...

SEORANG wanita meninggal dunia selepas melakukan oral seks ke atas seorang doktor lelaki...

Video: Lelaki Onani Depan...

MEMANG tak dinafikan sekiranya mengunjungi pameran auto show kereta, kemungkinan anda akan menjadi...

Campak Ular: Polis Percaya...

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan...

Filem Mentega Terbang Diwarta...

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penayangan filem kontroversi, Mentega Terbang di negara...

BN Guna Strategi Baharu Tarik Pengundi Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM : Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh bakal memperkenalkan strategi baharu membabitkan empat isu utama di kawasan itu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang secara rasminya bermula hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Calon BN kerusi berkenaan, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, masalah banjir, isu perumahan, jalan raya dan sekolah yang masih membelenggu penduduk setempat akan menjadi keutamaan beliau untuk diperjuangkan.

“Kali ini memang berbeza memandangkan BN pernah menjadi pembangkang dan PH dan PN juga pernah menjadi kerajaan, maka kita berada dalam gelanggang dan padang yang sama.

“Kesemua parti bertanding ada kelebihan dan kekurangan, cuma apa yang boleh saya katakan di peringkat BN Permatang Pauh kita akan tampilkan isu-isu yang dekat dengan rakyat.

“Ia akan menjadi strategi kempen yang ditawarkan kepada penduduk setempat, malah kita perlu satu anjakan baharu supaya segala pembangunan di sini yang perlahan dalam tempoh 23 tahun lalu dapat dilaksanakan,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), di sini hari ini.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau mengharapkan pengundi muda dapat melaksanakan tanggungjawab mereka pada PRU15.


“Saya pernah berumur 18 tahun dan tidak boleh mengundi ketika itu, namun sekarang masa depan saya, masa depan semua kerusi-kerusi di Malaysia, sebahagiannya terletak dalam tangan pengundi muda.

“Jadi undilah baik-baik kerana tidak selalu dapat peluang sebegini lebih-lebih lagi kita nampak pilihannya jelas di depan mata, antara jauhari dengan manikam antara madu dan racun,” katanya.

Selain Mohd. Zaidi, Nurul Izzah yang juga penyandang kerusi itu bakal menentang calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas, Muhammad Fawwaz Mat Jan (PN) dan Mohd. Nasir Othman (GTA).

Nurul Izzah sebelum ini mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila memenangi PRU14 dengan majoriti 15,668 undi selepas memperoleh 35,534 undi mengalahkan Mohd. Zaidi (19,866 undi) dan Afnan Hamimi Taib Azamudden daripada Pas (14,428 undi).

Kerusi tersebut sebelum ini disandang sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak tahun 1982.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori