Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hebat, Kedai Aksesori Telefon...

Baru-baru ini isu pergaduhan di Plaza Low Yat telah membuka mata ramai pihak...

Masa Ni Ibrahim Ali...

KETIKA kesedihan menyelubungi langit Jumaat atas pemergian seorang tokoh ulama dan politik terkemuka Datuk...

Malaysia Akan Teruskan Usaha...

BANGKOK - Malaysia akan mengekalkan peranannya sebagai pemimpin dalam memastikan Komuniti ASEAN yang...

Kasihan…. Tegar Kembali Mengemis...

SUATU ketika dahulu, penyanyi cilik Indonesia ini pernah mendapat perhatian ramai setelah kisah...

BN Perak Lancar Manifesto Esok

IPOH – BN Perak akan melancarkan manifestonya tersendiri di Bandar Meru Raya di sini pada malam Selasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausahanya, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, manifesto tersebut akan terarah kepada perancangan masa depan negeri yang lebih realisitik untuk dilaksanakan.

Menurutnya, tawaran yang akan dikemukakan BN Perak bersifat komprehensif, bukan sahaja memberi ruang lingkup keseluruhan tetapi turut menjurus pelbagai sektor dan menyentuh keperluan setiap daerah.

“Manifesto ini bukan dibuat oleh orang politik tetapi mengambil kira pandangan-pandangan masyarakat, kelompok-kelompok masyarakat, lihat keperluan sektor-sektor berbeza dan bagaimana mereka melihat masa depan dalam sektor masing-masing.

“Jadi sebagai parti politik yang mempunyai wawasan untuk mensejahterakan rakyat, kita mengambil kira pandangan-pandangan ini dan mengolah sebaik mungkin bagi memastikan ia boleh dilaksana,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Batu 8, Hulu Kinta di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Saarani Mohamad dan dijangka sekitar 5,000 orang akan hadir


Sementara itu, Aminuddin yang juga calon BN Parlimen Tambun berkata, gerak kerja kempen sehingga hari ketiga di kerusi Parlimen itu berjalan lancar.

Menurutnya, kempen BN di Parlimen Tambun yang turut melibatkan dua calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Datuk Mazlan Abdul Rahman dan DUN Hulu Kinta, Datuk Azizul Kama Abdul Aziz tidak ada masalah kerana kesemua mereka merupakan orang tempatan.

“Kita kena menerima hakikat pengundi pun dah 180,000 orang, kawasan pun luas. Dari segi perjalanan kita dalam 15 hingga 20 peratus (liputan kempen) setakat ini.

“Kita dah sentiasa bergerak cuma liputan kempen itu disebabkan keluasan kawasan, pertumbuhan kawasan perumahan baharu. Jadi mungkin agak sukar untuk jumpa semua,” katanya.

Jelas Aminuddin, BN Parlimen Tambun juga menggunakan platform media sosial untuk berkempen dan mendekati seberapa ramai pengundi.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori