Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harga Proton Bakal Naik...

SHAH ALAM - Proton Edar Sdn Bhd menjangka harga kenderaan jenama tempatan akan...

Pencuri Lena Tidur Selepas...

Sarasota (Florida) - Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemuinya tertidur di atas katil...

JBPM Sedia Bantu Agensi...

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menawarkan khidmat mereka dalam...

Sepanyol Belasah Naib Juara...

ELCHE, Sepanyol - Krisis identiti Sepanyol kelihatan berakhir selepas Marco Asensio mencetus inspirasi...

BN Tak Sokong Mana-Mana Gabungan – Ismail Sabri

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli parlimen Bera itu berkata Dewan Tertinggi BN bersetuju untuk gabungan itu kekal sebagai pembangkang.

“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun sosial medianya.

Presiden MIC SA Vigneswaran dan timbalannya M Saravanan turut memaklumkan perkara sama.

“Kami tidak memilih sesiapa (sama ada PH atau PN). BN sedia menjadi pembangkang,” kata mereka ketika ditemui di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.


Semalam, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin berkongsi pandangan bahawa gabungan mereka wajar kekal sebagai pembangkang dan biarkan PH dan PN menubuhkan kerajaan.

Politik Malaysia menyaksikan kebuntuan selepas tiada parti atau gabungan memperoleh majoriti mudah dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15 Sabtu lepas.

PH menang di 82 kerusi, PN 73 kerusi manakala BN mempunyai 30 kerusi. Susulan itu, pemimpin PH dan BN mengadakan pertemuan di Hotel Seri Pacific hari ini bagi merangka persetujuan untuk bekerjasama.

Bagaimanapun, pemimpin BN nampaknya tidak sebulat suara untuk bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan persekutuan, meskipun di peringkat negeri kerjasama seumpamanya dijalinkan untuk menyelesaikan dewan undangan negeri yang tergantung.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori