Ramai orang menyebut tentang cukai pendapatan. Tatkala menyebut cukai pendapatan dalam fikiran mereka adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
Ikuti Mynewshub: Telegram
Bagaimanapun sebilangan kita hanya tahu menyebut, tetapi tidak tahu pun perkara yang paling asas tentang cukai pendapatan.
Termasuklah tentang siapakah yang layak dikenakan cukai pendapatan?
Lebih teruk ada yang berpandangan semua yang bekerja dan berniaga akan dikenakan cukai pendapatan oleh HASiL.
Justeru, artikel ini berkongsi sedikit perkara paling asas tentang cukai pendapatan iaitu siapakah yang layak dikenakan cukai pendapatan oleh HASiL.
Bagi memahaminya kita perlu terlebih dahulu mengetahui terdapat dua kategori cukai pendapatan iaitu penggajian dan perniagaan.
1) Cukai pendapatan penggajian bermaksud cukai pendapatan yang dikenakan terhadap mereka yang makan gaji.
Hanya mereka yang menerima gaji tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB) layak dikenakan cukai.
Bagaimanapun terdapat pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang tidak dikenakan cukai.
Iaitu dengan mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak.
Dalam bahasa mudah walaupun anda terima gaji tahunan melebihi RM37,333 tidak semestinya cukai dikenakan ke atas anda berdasarkan RM37,333 kerana anda boleh mendapat pelepasan cukai jika menepati syarat.
2) Cukai pendapatan perniagaan bermaksud cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan atau perdagangan.
Termasuklah sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa yang diistilahkan sebagai Ekonomi Bayangan.
Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang tidak dikenakan cukai juga dengan mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak
Jadi selepas ini diharap tiada siapa bersangka kurang baik terhadap HASiL kerana tugas HASiL bukan memastikan setiap rakyat Malaysia mesti bayar cukai.
Hanya mereka yang dianggap layak dan dikategorikan sebagai pembayar cukai berdasarkan peruntukan undang-undang sahaja dikenakan cukai.
-Mynewshub