Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Kencing Tikus Meningkat...

BALIK PULAU - Kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus meningkat tiga kali ganda...

Gambar Entiti Pelik Ketika...

SEBUAH gambar entiti pelik dan aneh yang berjaya dirakamkan ketika sidang media khas...

“Saya Memang Tak Putih...

PENYANYI, Siti Sarah secara tiba-tiba jadi bualan hangat selepas sekeping gambar dia bersama...

Isu Hina: Tentera Indonesia...

JAKARTA - Tentera Indonesia menerima permohonan maaf tentera Australia berhubung isu penghinaan lambang...

Calon Bebas Cabar Penyandang Kerusi DUN Beserah

KUANTAN – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini apabila seorang calon Bebas mencuba nasib bagi mencabar empat lagi calon termasuk penyandangnya, Andansura Rabu di kerusi terbabit.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Joseph Tang Saing Yew yang bertanding atas logo kunci hadir tanpa sebarang penyokong pada hari penamaan dan penyerahan calon bebas itu menyaksikan pertembungan lima penjuru di kerusi DUN Beserah.

Ia membabitkan Zulkifli Mohamed daripada Pakatan Harapan (PH), Mohd Fauzi Taib (Pejuang), Datuk Seri Mustaffar Kamal Ab Hamid (BN) dan Andansura (PN).

Pengumuman rasmi senarai calon itu dibuat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihanraya Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fadzilla Salleh di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota di sini.


Bagi kerusi DUN Semambu pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Hisham Omar (BN), Chan Chun Kuang (PH), Zulfadhli Zakariah (PN) dan Dr Rashidah Abdul Rahman (Pejuang).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Andansura memperoleh 12,239 undi di kerusi N12 Beserah sekali gus menang dengan majoriti 1,305 undi mengalahkan calon PH, Zulkifli (10,934 undi) dan calon BN, Suhaimi Sulong (8,732 undi).

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori