KULIM: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Padang Serai, M Karupaiya, meninggal dunia di Hospital Kulim di sini, hari ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata mendiang meninggal dunia di Hospital Kulim pada jam 2.27 petang tadi.
Difahamkan, mendiang dimasukkan ke Hospital Kulim pada Isnin lalu, selepas mengalami pendarahan pada bahagian perut.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution turut mengesahkan perkara berkenaan.
BHonline-