Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Doktor Maut, 6 Cedera...

NEW YORK - Seorang doktor maut, manakala enam lagi cedera selepas seorang bekas...

Pelancong India Maut Terkena...

KATHMANDU - Seorang pelancong India meninggal dunia selepas terkena rotor ekor helikopter ketika...

Sia-Sia Bom Mesin ATM,...

BENTONG - Dua individu didapati menggunakan bom buatan sendiri untuk meletupkan mesin pengeluaran...

Lebih 30 Lokasi Di...

KOTA KINABALU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat...

COVID-19: 1,722 Kes Baharu, 4 Kematian

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan harian COVID-19 di negara ini meningkat sedikit kepada 1,722 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi, berbanding 1,483 pada Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes yang dilaporkan itu membabitkan 1,714 kes penularan tempatan dengan lapan lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Ia sekali gus menjadikan sehingga kini jumlah penularan COVID-19 di negara ini mencecah 4,810,082 kes sejak ia dikesan di negara ini.

Secara keseluruhannya, negara masih mempunyai 23,038 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu sebanyak 95.5 peratus bersamaan 22,011 kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, terdapat 979 kes atau 4.2 peratus sudah mendapatkan rawatan lanjut di hospital, unit rawatan rapi (ICU) (22) dengan 26 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.


Sehingga kini, kadar penggunaan wad ICU di paras 63.5 peratus, bagaimanapun yang digunakan untuk pesakit COVID-19 sahaja adalah 13.2 peratus.

Dalam pada itu, turut mencatatkan pertambahan adalah kes kematian akibat jangkitan berkenaan dengan empat kes dilaporkan sehingga tengah malam tadi, termasuk dua kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan sehingga kini jumlah angka korban di negara ini sudah mencecah 36,387 kes dengan 7,739 kes pula meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Bagi jumlah kes sembuh di negara ini, setakat semalam terdapat sebanyak 1,639 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 4,788,889 kes.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori