Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Jawatan Tinggi Kepada...

KOTA BHARU - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada jawatan tertinggi kerajaan yang...

VIDEO: Geram Dengan Pelanggan,...

Seorang pekerja wanita restoran makanan segera KFC dilaporkan bertindak biadab apabila menunjukkan isyarat...

BN Selesai Umum Calon...

KUALA LUMPUR – Penamaan barisan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan...

Program Pengasingan Sisa Pepejal...

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melaksanakan program pengasingan sisa...

Dakwaan Sabotaj Mat Hasan – KJ Akan Buat Laporan Polis, SKMM

Khairy Jamaluddin berkata dia akan membuat laporan polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berhubung tangkap layar Whatsapp didakwa perbualannya dengan seorang individu tidak dikenali, yang tular di media sosial.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dia menafikan kesahihan perbualan itu yang memaparkan ‘Boss KJ’ mengarahkan seorang individu untuk mensabotaj Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang bertanding di Rembau.

Tangkap layar itu juga menunjukkan ‘Boss KJ’ berkata dia akan menjadi perdana menteri dalam tempoh lima tahun dan menyifatkan perdana menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob sebagai tidak berguna.

“Palsu’ Tak perlu sebar fitnah black ops, ‘source: trust me bro’ macam ni. Laporan polis dan SKMM akan dibuat termasuk terhadap akaun ini (yang mengongsikan tangkap layar),” katanya di Twitter hari ini.

Dia berkata demikian ketika membalas ciapan akaun tersebut yang sudah pun dipadam.


Khairy dipindahkan dari kerusi Parlimen Rembau yang dipegangnya sejak 2008 ke kerusi Parlimen Sungai Buloh yang boleh dianggap sebagai kubu kuat PKR.

Ia bagi memberi laluan kepada Mohamad untuk bertanding di situ.

Menyifatkan dirinya sebagai ‘underdog’ (bukan pilihan) di situ, dia sebelum ini berkata meminta untuk bertanding di situ kerana tidak diberi pilihan lain oleh kepimpinan Umno.

“Hakikatnya tiada lagi pilihan, pucuk pimpinan tidak ada beri isyarat pergi mana-mana kawasan, tinggal begitu sahaja. “Saya tahu saya kena keluar dari Rembau, saya tidak diberi pilihan, saya perlu melakukan sesuatu untuk diri saya,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori