Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Polis Belum Rakam Keterangan...

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu masa sesuai untuk merakam keterangan kolumnis, Andrew Sia...

Lelaki Parah Diserang Beruang...

SEORANG lelaki cedera parah akibat diserang seekor beruang berwarna hitam ketika sedang mencari...

Ambil Tindakan 1,500 Akaun...

BERA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan terhadap hampir...

Lebih 250 Cedera Pentas...

MADRID - Lebih 250 orang cedera, termasuk lima dalam keadaan serius apabila sebuah...

DUN Selangor Lulus Enakmen Anti Lompat Parti

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri (pindaan) 2022 berkaitan Enakmen Anti Lompat Parti, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Speaker DUN, Ng Suee Lim, berkata kelulusan enakmen berkenaan akan menjamin supaya wakil rakyat bersikap lebih setia kepada parti dan bertanggungjawab terhadap mandat diberikan rakyat.

“Rakyat memilih, jadi mereka perlu perjuangkan demi rakyat. Pada masa sama, enakmen ini menjamin kestabilan politik.

“Usul ini dibawa oleh Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) semalam dan dibahaskan lebih 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum diluluskan hari ini,” katanya ditemui di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Ketika menggulung usul berkenaan, Amirudin berkata, enakmen terbabit dapat menjamin suara rakyat dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana wakil rakyat.

“Dengan adanya enakmen ini, saya percaya keadaan politik akan lebih terjamin, pilihan rakyat akan lebih terjamin.


“Individu yang dipilih oleh rakyat perlu bertanggungjawab dengan ruangan yang diberikan rakyat yang yakin dengan apa yang kita bawakan,” katanya.

Semalam, Amirudin membawa usul berkenaan selari akta dikuatkuasakan di Parlimen bagi menguatkan sistem demokrasi dan memastikan pentadbiran yang stabil.

Katanya, enakmen berkenaan juga memastikan wakil rakyat menjunjung amanah yang diberikan dan sebagai tindakan menghalang mana-mana pihak meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan negeri serta negara.

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti berkuat kuasa bermula Oktober lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori