Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Rasuah Projek PBT: Pegawai...

MELAKA - Seorang pegawai awam bergelar 'Datuk' ditahan reman empat hari bagi membantu...

Hanya 4 Daripada 47...

KUALA LUMPUR - Pengauditan oleh Jabatan Audit Negara terhadap 47 syarikat Menteri Kewangan...

Akauntan Kelar Leher 14...

Mumbai - Seorang lelaki berusia 35 tahun membunuh 14 anggota keluarganya, termasuk tujuh...

Hairul, Hanis Zalikha Selamat...

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti popular, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang selamat menimang...

Empat Calon Cabar Loke Siew Fook Di Seremban

SEREMBAN : Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook disaingi empat calon lain bagi merebut kerusi Parlimen Seremban pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau yang mewakili Pakatan Harapan (PH) menerima cabaran daripada calon Barisan Nasional, Wong Yin Ting, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Fadli Che Me, calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Mohamad Jani Ismail dan calon Bebas, Mohd. Izzat Lesley.

Seorang lagi calon Bebas pula ditolak permohonannya.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Seremban, Datuk Masri Razali di Pusat Penamaan Calon di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini hari ini.

Sementara itu, Siew Fook ketika ditemui pemberita berkata, beliau menganggap tiada sebarang kejutan apabila terdapat lima penjuru pada PRU15 kali ini.


“Kami sudah biasa beberapa penjuru. Saya akan sedaya upaya mempertahankan Parlimen Seremban berdasarkan rekod perkhidmatan saya yang sudah bertanding selama tiga penggal dan yakin pengundi akan tetap terus memberi sokongan kepada PH.

“Sejujurnya saya tidak berapa kenal masing-masing. Semua calon ada hak berkempen,” katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, kerusi Parlimen Seremban itu dimenangi oleh Siew Fook dengan majoriti 30,694 undi.

Terdapat seramai 157,244 orang pemilih berdaftar di Parlimen Seremban meliputi pengundi Melayu, 51.57 peratus, pengundi Cina 31.7 peratus dan pengundi India 13.82 peratus.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori