Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tak Perlu Tukar Kerajaan,...

KUANTAN - Tidak perlu menukar kerajaan, sebaliknya melantik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Beri Maklum Balas Mengenai...

KUALA LUMPUR - Pengguna Transit Aliran Massa (MRT) digalakkan memberi maklum balas mengenai...

Kes Mohd. Nazlan: SPRM...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menunggu arahan lanjut daripada Jabatan...

Najib Lancar 12 Projek...

BALIK PULAU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

Enam Mangsa Termasuk Bayi Cedera Dihempap Pokok Tumbang

KUALA LUMPUR – Enam mangsa termasuk seorang bayi berusia dua tahun cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat di Jalan Mahkota, Taman Maluri, di sini, petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kesemua mangsa terdiri daripada dua warga emas, dua dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi dikejarkan ke Hospital Ampang bagi menerima rawatan.

Menurut Komander Operasi, Mazuri Mat Zain, sebanyak 18 anggota dan empat jentera daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuan dan Bandar Tun Razak bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 4.07 petang itu.

“Pihak kami tiba sekitar 11 minit kemudian dan mendapati terdapat tiga kereta dan sebuah motosikal yang melalui Jalan Mahkota berhadapan sebuah bank dihempap pokok tumbang.

“Kejadian pokok tumbang didapati berlaku disebabkan hujan lebat dan angin kencang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil pemeriksaan pihaknya, tiga kenderaan yang dihempap pokok adalah Perodua Myvi, BMW berwarna hitam dan Nissan Almera, manakala motosikal pula sebuah Honda RS150.


“Empat daripada mangsa terdiri melibatkan satu keluarga menaiki Perodua Myvi dan kesemua mereka mengalami trauma serta kecederaan kecil.

”Sementara itu, dua lagi mangsa merupakan penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan kaki dan luka,” jelasnya.

Rentetan itu, tindakan bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tersebut bagi membuka laluan yang terhalang.

Operasi turut dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APAM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori