Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kes Ganggu Bini Orang:...

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan sudah merakamkan percakapan daripada penceramah bebas popular, Syamsul...

Wanita Bunuh Diri Selepas...

SEORANG wanita dikenali sebagai Jade Rees yang ada seorang anak lelaki telah mengalami...

Industri Halal: Malaysia Sedia...

MALE (Maldives) – Malaysia mahu menjalinkan kerjasama dengan Maldives dalam industri halal terutamanya...

Bantu Anggota Mangsa Banjir,...

BAGI membantu meringankan beban ditanggung kira-kira 1,500 anggota polis yang terjejas akibat banjir di beberapa...

‘Fadillah Calon Tunggal TPM Dari Sarawak’

KUCHING : Pengalaman luas Datuk Seri Fadillah Yusof dalam Kabinet Persekutuan menjadikan Ahli Parlimen Petra Jaya itu calon tunggal dari Sarawak yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mula diberi kepercayaan sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 2008, Fadillah dinaikkan pangkat apabila dilantik sebagai Menteri Kerja Raya pada 2013.

Kedudukan beliau sebagai Menteri Kanan Kerja Raya dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula 30 Ogos tahun lalu, mengukuhkan lagi andaian bahawa beliau cukup layak untuk memegang jawatan nombor dua dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Sumber dalaman Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, sejak pengumuman Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk melantik Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak dan Sabah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, nama Fadillah yang pertama disebut pucuk pimpinan gabungan itu bagi mengisi jawatan berkenaan.

Menurutnya, kedudukan Fadillah sebagai Ketua Whip GPS di Parlimen selain diberi kepercayaan sebagai Menteri Kanan yang setaraf jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadikan beliau cukup layak.

“Jumlah kerusi GPS yang sebanyak 23 di Parlimen juga yang terbesar kalangan blok Borneo dan ketiga tertinggi kalangan gabungan dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Katanya, Fadillah memiliki pengalaman yang cukup bernilai kerana pernah berkhidmat di bawah empat Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ini menambahkan lagi kelayakan Fadillah untuk diberi kepercayaan menjadi Timbalan Perdana Menteri.


“Bagi rakyat Sarawak dan Sabah pula, kewibawaan Fadillah memang tidak dinafikan apabila beliau berjaya memastikan pembinaan lebuh raya pertama di Borneo kini semakin hampir siap sepenuhnya,” katanya.

Bagi mengisi jawatan menteri pula katanya, mereka yang pernah diberi kepercayaan oleh kerajaan sebelum ini juga hampir pasti akan terus menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan.

“Setakat ini kita belum mendengar nama baharu selain Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Tetapi ada juga kemungkinan beberapa orang lama seperti Datuk Seri Richard Riot Jaem (Serian), Datuk Henry Sum Agong (Lawas) dan Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu) antara yang diangkat sebagai menteri,” katanya.

Menurutnya lagi, senarai Kabinet itu memang ada dibincangkan kalangan pucuk pimpinan, namun tidak bermakna GPS mendesak Anwar untuk menerimanya.

“Kalau jawatan Timbalan Perdana Menteri… ya, memang selayaknya Fadillah ke sana tetapi untuk jawatan menteri dan timbalan menteri, ia bergantung kepada saiz Kabinet yang akan dibentuk oleh Perdana Menteri,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori