Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lubuk Yu Akan Dipromosi...

MARAN - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membantu kerajaan negeri Pahang untuk mempromosikan...

Saya Bukan Mahu Pemimpin...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bukan seorang presiden...

Kutipan Bayaran Balik Pinjaman...

KUALA LUMPUR - Kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

PM Mahu KPT Beri...

KUALA LUMPUR – Pengurusan universiti perlu diberi lebih ruang dan kelonggaran untuk meneliti...

GRS, Warisan Sokong Kerajaan Perpaduan: Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah menzahirkan sokongan penuh terhadap Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Anwar, seluruh anggota kepimpinan parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Hajiji juga mendukung perkara sama.

“Menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan delegasi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) di pejabat petang ini.

“Saya tentunya mengalu-alukan dan menghargai dukungan tersebut demi kepentingan kerajaan negeri dan kesejahteraan buat rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan ringkas di media sosial susulan berlangsungnya pertemuan berkenaan di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya, pada Ahad.

Sementara itu, beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Presiden Parti Warisan yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


“Saya mengalu-alukan komitmen beliau dan Warisan yang menyokong usaha pembentukan dan kestabilan Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat Sabah,”katanya.

Hajiji Noor dilapor menegaskan, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat sebarang tuntutan kepada Anwar.

Beliau sebaliknya menyatakan, sokongan perlu diberikan kepada Anwar dalam menerajui Kerajaan Perpaduan yang baru dibentuk.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori