Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Prabakaran Diminta Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Empat belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan supaya Ahli Parlimen...

Formasi Kereta Berbentuk Jalur...

JOHOR BAHRU: Syarikat pengeluar minuman tempatan, Haos Ek? menempa nama dalam Malaysia Book...

2 Rakan Maut Kereta...

IPOH - Dua rakan maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan...

“Tutup Mulut Kalau Sekadar...

KUALA LUMPUR - Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

GTA Tanding Lebih 121 Kerusi Parlimen

BANGI : Gerakan Tanah Air (GTA) akan bertanding di lebih 121 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Calon yang akan bertanding, sebahagian besarnya atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) di Kelantan, membabitkan pemimpin daripada parti gabungan GTA dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Presiden Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata semua calon berkenaan mempunyai rekod yang baik dan tidak terbabit dengan jenayah serta pertuduhan di mahkamah, namun tidak membabitkan tapisan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Nama calon ini sudah kita kaji dan kita tentukan mereka ialah yang berintegriti, berpengalaman dan layak menjadi wakil rakyat, malah layak menjadi menteri pun.

“Masih ada beberapa kawasan yang belum kita tentukan calonnya dan ini akan diumumkan kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-PEJUANG di sini, hari ini.

Antara nama terkenal yang dicalonkan GTA ialah pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof.


Ahmad Idham dan Eizlan, daripada NGO, Gagasan Bangsa, masing-masing akan bertanding di Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam, atas tiket PEJUANG.

Selain dua selebriti itu, pelakon, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando turut dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang.

Ditanya mengapa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang sebelum ini dikhabarkan akan menjadi calon GTA bagi Parlimen Rembau tidak disenaraikan, Dr Mahathir berkata, Abdul Hamid belum bersedia.

Sementara itu, Dr Mahathir, berkata calon Perdana Menteri bagi gabungan itu hanya akan ditentukan selepas ia menang pada PRU15, sama seperti pilihan gabungan untuk kerjasama politik yang akan dipilih jika menang.

Ditanya sasaran kerusi yang akan dimenangi, Dr Mahathir berkata, GTA hanya berharap akan menang dan menubuhkan kerajaan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori