Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Terus Diterima Kerana...

TUARAN - Prinsip kesederhanaan yang diamalkan Umno sejak penubuhannya pada tahun 1946 menjadikan...

Haram Jual Beli Emas...

Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.

Najib Razak Perlu Singkir...

PERDANA Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dicadangkan untuk...

Mahathir Luah Kesunyian, Ramai...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesunyian selepas...

Harga Maksimum Minyak Masak Botol Turun Lagi

PUTRAJAYA – Harga minyak masak sawit tulen kemasan botol lima kilogram (kg) sekali lagi diturunkan kepada RM30.90 berkuat kuasa 8 November sehingga 7 Disember depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi satu kenyataan berkata, kawalan harga tersebut dilaksanakan mengikut kaedah harga siling bergerak berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia.

“Harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam botol bagi tempoh tersebut berharga RM6.90 bagi kemasan botol 1 kg, RM13.30 (2 kg) dan RM19.60 (3 kg).

“Kerajaan menerusi KPDNHEP menetapkan harga runcit maksimum terkini bagi minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2022,” katanya.

Jelasnya, mana-mana pihak didapati menjual bahan itu melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.


“Individu terlibat boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

“KPDNHEP turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang membabitkan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran,” katanya.

Katanya, maklumat itu boleh disalur secara rasmi melalui saluran Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000 atau Portal e-aduan.kpdnhep atau menerusi pusat panggilan 1-800-886-800.

Pada 3 Oktober lalu, media melaporkan minyak masak dalam botol 5 kg akan dijual pada harga maksimum RM31.50 berbanding RM33.50.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori