Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Ditemui Terapung...

PARIT BUNTAR - Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam tali air Estet Simpang...

PRK: 109 Pengundi Awal...

TUMPAT - Sebanyak 109 anggota polis yang berdaftar sebagai pengundi awal bagi kawasan...

Dr Fatihah Sedar Dari...

KUALA LUMPUR - Doktor hamil yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital...

Foto: Majlis Resepsi Hanez...

MAJLIS resepsi aktres jelita Hanez Suraya bersama jejaka pilihan hatinya, Romie telah selamat...

Harimau Akar Masuk Rumah, Warga Emas Cedera Dicakar Di Kening

LIPIS : Sepasang suami isteri berusia 55 dan 58 tahun berdepan detik cemas selepas seekor harimau akar menceroboh masuk ke rumah mereka di Kampung Sentang, berdekatan Pagar Sasak, di sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, haiwan liar berkenaan menceroboh ke dalam rumah pasangan terbabit dan melompat ke atas katil lalu mencakar kening Faridah Ishak, 58, yang mengalami penyakit strok sehingga mengalami luka kecil di bahagian kening.

Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, menurut laporan anak saudara pasangan warga emas itu, ketika kejadian, harimau tersebut mengejar seekor kucing sehingga masuk ke dalam rumah melalui pintu depan.

“Melihat seekor harimau akar, warga emas lelaki yang juga suami Faridah berusia 55 tahun cuba menghalaunya, tetapi haiwan liar itu melompat ke atas katil dan mencakar kening wanita berkenaan yang terlantar di atas katil akibat penyakit strok. Mangsa cuma mengalami luka kecil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, berikutan kejadian tersebut, anak saudara pasangan warga emas itu membuat aduan di Pondok Polis Pagar Sasak.


“Anggota dari Pondok Polis Pagar Sasak ke lokasi dan mendapati penduduk mengepung harimau itu yang berada di bawah rumah pasangan warga emas tersebut.

Katanya, Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menangkap haiwan liar tersebut pada pukul 12.45 pagi ini dengan menggunakan ubat pelali.

“Wanita yang luka di kening dirawat oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Padang Tengku,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori