Bersukan aktiviti kegemaran rakyat. Ia bukan sahaja menyihatkan badan, malah platform untuk masyarakat menggunakan masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Secara umum sukan dapat menjamin kesihatan diri seseorang bukan sahaja daripada segi fizikal, malah mental kerana sukan terbukti mengurangkan stres.
Sukan juga mampu dijadikan sebagai kerjaya, memupuk semangat setiakawan, membanteras gejala negatif dan menyumbang kepada ekonomi negara.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) walau dalam kesibukan menguruskan urusan percukaian negara tidak ketinggalan dalam mementingkan aspek sukan.
HASiL pada 13 Mac lalu telah dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Golf Persatuan Badan Berkanun Malaysia 2022 yang berlangsung di Amverton Cove Golf & Resort.
Harus ingat HASiL juga mendokong gaya hidup sihat masyarakat Malaysia melalui pelepasan cukai khusus yang dapat menggalakkan lagi aktiviti bersukan.
Pelepasan cukai tambahan gaya hidup khusus berkaitan dengan aktiviti sukan yang dibelanjakan oleh individu bagi:
– Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak termasuk basikal roda dua bermotor)
– Bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan
– Bayaran fi pendaftaran bagi penyertaan apa-apa pertandingan sukan yang mana penganjur tersebut diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
Sewajarnya kita berterima kasih kepada HASiL di atas keprihatinan agensi kutipan cukai negara tersebut berhubung kepentingan aktiviti sukan di negara ini.
-Mynewshub