Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tun Razak Dikurnia Anugerah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein hari ini...

Akta Hasutan 1948 Masih...

KAJANG – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis masih boleh...

Najib Sindir Tony Isu...

SINIS... Datuk Seri Najib Tun Razak pulang paku buah keras kepada Tony Pua...

PRN Kedah: 11 ADUN...

BALING : Kesemua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Kedah...

Igan Jadi Parlimen Pertama Peroleh Keputusan Rasmi PRU15

KUALA LUMPUR : Parlimen Igan, Sarawak menjadi kerusi Parlimen pertama yang disahkan keputusannya secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), malam ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kerusi berkenaan yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu, menjadi milik penyandang Ahmad Johnie Zawawi yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS), menewaskan Andri Zulkarnaen Hamden daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 14,662 undi.

Ahmad Johnie memperoleh 15,824 undi manakala Andri Zulkarnaen mendapat 1,162 undi.

Pusat-pusat pengundian bagi PRU15 dibuka sejak 8 pagi tadi di Semenanjung Malaysia dan ditutup pada 6 petang manakala proses pengundian di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula pada 7.30 pagi selesai di antara 11 pagi hingga 5.30 petang.

Sebanyak 220 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada PRU15, hari ini.


Pengundian bagi Parlimen Padang Serai diadakan berasingan susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi itu M. Karupaiya pada Rabu lalu.

Manakala proses pengundian di 11 pusat mengundi dalam Parlimen Baram, Sarawak digantung ekoran cuaca buruk yang menyebabkan petugasnya tidak dapat ke pusat berkenaan.

Penjumlahan undi di kerusi-kerusi Parlimen lain masih berlangsung.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori