Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gagal Jadi Pilot Sebab...

ADDIS ABABA - Asmelash Zeferu pernah berasa amat kecewa apabila ditolak menyertai latihan...

Ketua Pemuda Dipenggal, Isteri...

NAIROBI - Seorang ahli kanan sebuah pergerakan pemuda parti pemerintah di Burundi dipenggal...

Penyeludup Kura-Kura Tetap Ke...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 24...

Sorok Tekukur, Kura-Kura Dalam...

MIRI - Sebanyak 70 burung terdiri daripada spesies burung tekukur dan burung merbuk...

Jam Sebagai Simbol, ‘Uncle Bond’

Bertanding di bawah simbol jam, ahli politik veteran Tan Sri M.Kayveas, yang lebih dikenali sebagai ‘Uncle Bond’ mahu pengundi di Ipoh Barat (P065) membuat perubahan dengan cepat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Maksudnya, pengundi Ipoh Barat harus melihat kepada calon bebas seperti dirinya, bukannya mengundi ahli politik dari parti yang sama.

Ipoh Barat merupakan kubu kuat DAP dengan penyandangnya Ahli Parlimen M. Kulasegaran, tetapi Kayveas berharap beliau dapat mengubah dinamik Ipoh Barat.

Beliau berkata, tidak banyak perubahan yang berlaku dan kawasan tertentu di bawah DUN Ipoh Barat masih kekal seperti tahun lalu.

Kayveas berkata bahawa generasi muda mahukan lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang yang sama untuk menjalankan perniagaan.

Untuk itu, perlu ada usaha lebih untuk membawa pelaburan ke Ipoh Barat dan kawasan yang kurang membangun perlu dimajukan lagi.


Kayveas berkata bahawa manifestonya adalah untuk memberi perkhidmatan kepada pengundi dengan berkesan dan cekap, terutamanya mereka yang tidak mendapat perkhidmatan sewajarnya daripada wakil rakyat mereka sebelum ini, dengan banyak janji dan isu yang masik tidak dapat diselesaikan.

Mengenai maklum balas daripada lawatanya ke kawasan disekitar Ipoh Barat, Kayveas berkata beliau percaya ramai pengundi mahukan perubahan dan sanggup memberi peluang kepada calon bebas seperti dirinya.

“Rakyat mahukan perubahan. Mereka mahukan ahli parlimen yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan lantang dalam isu yang memberi kesan kepada hidup mereka…dan saya sentiasa lantang di Parlimen sebelum ini,” kata Kayveas yang merupakan bekas Ahli Parlimen Taiping dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan PM.

“Sebagai calon bebas, saya akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk berkhidmat kepada rakyat jika saya diundi,” tambahnya.

Kayveas akan berdepan penyandang Kulasegaran (PH-DAP), Low Guo Nan (BN-MCA) dan Chek Kwong Weng (PN-Gerakan).

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori