Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Durjana Tendang Muka...

WASHINGTON - Kanak-kanak comel ini, Michael Rigney baru berusia dua tahun namun menjadi...

‘Pemberian Itu Satu Sedekah’...

KUALA PILAH: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang oleh...

Calon PKR ‘Tak Goyang’...

SHAH ALAM – Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni ‘tidak goyang’ sekiranya BN...

600 Anggota Baharu JIM...

BUTTERWORTH - Kira-kira 600 anggota baharu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melapor diri...

Jangan Percaya Persepsi PN ‘Bersih Dan Stabil’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pengundi tidak terpedaya dengan permainan persepsi kononnya Perikatan Nasional (PN) sebuah gabungan yang bersih dan stabil.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, pengundi Melayu usah terpedaya dengan naratif PN bersih dan stabil yang dibawa mereka sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Benarkah PN bersih dan stabil? Slogan kempen PRU15 ini sah untuk mengelirukan rakyat. Sedangkan sebahagian pemimpin PN ialah ‘katak-katak politik’ BERSATU yang mengkhianati mandat rakyat pada PRU14.

“Tergamak membelot undi rakyat khususnya pengundi BN untuk bersekongkol dengan penzalim bagi mengelak dikenakan pendakwaan politik,” katanya dalam catatan Facebook.

Beliau berkata, BERSATU menyedari mereka sudah hilang sokongan rakyat terutama pengundi Melayu sebelum mengambil keputusan meninggalkan PH, selepas kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai.

“Alasan BERSATU keluar PH kerana DAP tidak logik kerana bukan baru sekarang pemimpin BERSATU mengenali DAP. Liciknya, BERSATU selepas itu memperdaya PAS untuk memecahbelahkan Muafakat Nasional dimeterai pada 2019.


“Membentuk PN dan mendesak UMNO menyertainya atas alasan ummah untuk mengambil kesempatan menamatkan UMNO. Walhal dalamnya `berlindung’ pemimpin terpalit kontroversi…,” katanya.

Katanya, BERSATU juga `bersembunyi’ disebalik imej parti sekutu yang mendakwa Islamik sama ada sedar atau tidak, mereka juga dipergunakan.

“Ketahuilah sebahagian PN adalah PH dan sebahagian PH adalah PN kerana BERSATU daripada origin politik yang sama. Jangan buat kesilapan kali kedua hanya kerana terpedaya dengan watak berbeza dimainkan oleh ‘pelakon’ yang sama.

“Mengundi PN bukan bermakna anda mengundi parti yang mendakwa Islamik, tetapi lebih mengundi BERSATU,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori