Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hafiz Mahamad Dituduh Lebih...

ANDA pasti mengingati kisah sang jejaka Hafiz Mahamad yang beraksi romantis menyewa sebuah...

Asyraf Wajdi Kesal Guan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan...

Peguam Ditahan Semula Berhubung...

PUTRAJAYA - Seorang peguam yang dibebaskan selepas tahanan reman empat hari ke atasnya...

300 Bantah Pengarah Sekolah...

Bangkok - Kira-kira 300 pelajar berkumpul di pekarangan Sekolah Satriwitthaya 2 untuk membantah...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam menembak jatuh pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahkamah Belanda bakal menetapkan keputusan hari ini dalam kes empat lelaki yang mempunyai kaitan dengan Russia, bertanggungjawab menembak jatuh MH17.

Pada 17 Julai 2014, pesawat penumpang MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine hingga mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal dari 10 negara berbeza di mana lebih separuh adalah orang Belanda.

Perbicaraan kes bunuh MH17 bermula pada Mac dan hakim dijangka membuat keputusan hari ini sekitar pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan (8.30 malam waktu Malaysia).

Waris mangsa, yang datang dari 10 negara termasuk 196 dari Belanda, 43 warga Malaysia dan 38 warga Australia, turut berada di Amsterdam untuk mendengar keputusan mahkamah.

Beberapa keluarga turut melawat monumen kebangsaan MH17 Belanda di bandar Vijfhuizen menjelang keputusan mahkamah.

“Jika mereka bersalah, masyarakat antarabangsa mesti memburu dan menghukum mereka,” kata Evert van Zijtveld, yang kehilangan anak perempuan, Frederique, 19; anak lelaki, Robert-Jan, 18 dan ibu serta bapa mentuanya dalam tragedi itu.

Semua suspek iaitu warga Russia Igor Girkin, Sergey Dubinskiy, dan Oleg Pulatov serta Leonid Kharchenko dari Ukraine, tidak menghadiri perbicaraan di bangunan mahkamah bersebelahan Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam.


Pada masa itu, ruang udara kawasan itu di Donetsk, Ukraine adalah tempat pertempuran antara pemisah pro-Russia dan pasukan Ukraine.

Sementara itu, Moscow menafikan sebarang pembabitan atau bertanggungjawab terhadap kejatuhan MH17 dan menafikan juga kehadirannya di Ukraine pada tahun berkenaan.

Pendakwa raya berkata, suspek iaitu tiga bekas pegawai perisikan Russia dan seorang ketua tentera pemisah Ukraine, membantu mengatur dan mengangkut sistem peluru berpandu BUK tentera Russia ke Ukraine yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat itu.

Mereka didakwa menembak jatuh pesawat dan membunuh dalam perbicaraan yang diadakan di bawah undang-undang Belanda dan secara alternatif boleh disabitkan dengan tuduhan membunuh jika hakim di Mahkamah Daerah The Hague mendapati perbuatan itu tidak dirancang.

Selain itu, pintasan panggilan telefon yang menjadi penting bukti terhadap lelaki itu menunjukkan mereka percaya ia menyasarkan jet pejuang Ukraine.

Tiga daripada lelaki itu dibicarakan secara in absentia dan yang keempat mengaku tidak bersalah melalui peguam yang diupah untuk mewakilinya.

Siasatan itu diketuai oleh Belanda, dengan penyertaan dari Ukraine, Malaysia, Australia dan Belgium.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori