Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ribuan Hadir Rumah Terbuka...

PUTRAJAYA - Ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan hari ini mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri...

Kemenangan Trump Tak Jejas...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan dua...

Calon MCA Akui Sukar...

BALAKONG - Selepas 11 hari berkempen, calon MCA Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

RM137j Nanti Pemenang Ratu...

RIYADH - Lebih 300,000 unta akan menyertai pertandingan merebut gelaran unta paling cantik...

Kerajaan Kukuh, Stabil Perlu Untuk Pulihkan Ekonomi Negara – Ismail Sabri

Selangau : Kerajaan Persekutuan yang kukuh dan stabil diperlukan bagi meneruskan momentum pemulihan ekonomi negara pasca Covid-19 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tanda-tanda pemulihan ekonomi sudah kelihatan ketika ini apabila Gabenor Bank Negara Tan Sri Nor Shamsiah Yunus, dua hari lalu mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara dengan kadar pertumbuhan 14.2 peratus.

Ismail Sabri berkata, ekonomi negara terus berkembang apabila pelaburan asing langsung (FDA) kini semakin meningkat, dagangan turut meningkat serta jualan perdagangan borong dan runcit meningkat tinggi lebih 20 peratus sekali gus menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia terus berkembang berbanding negara lain.

“Sebab itu, untuk meneruskan kecemerlangan ekonomi, kerajaan yang stabil perlu dipilih untuk memberi peluang meneruskan agenda membangunkan ekonomi dan semua yang diperuntukkan untuk kepentingan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Seksyen Selangau dan Penyerahan PerantiSiswa hari ini.

Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Muda dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Ismail Sabri berkata, Bajet 2023 yang menggariskan langkah untuk pemulihan ekonomi negara belum diluluskan berikutan Parlimen dibubarkan tiga hari selepas pembentangan bajet berkenaan.

Menurutnya, bajet itu akan dibentangkan semula apabila kerajaan yang membentangkannya pada 7 Oktober lalu mendapat mandat semula daripada rakyat, Sabtu ini.

“Bagi membolehkan kita membentangkan bajet itu dan meluluskannya, kerajaan baharu yang dipilih mestilah kerajaan sama di bawah pimpinan saya kerana jika orang lain ambil alih, saya tidak pasti bajet itu dibentang semula atau banyak lagi yang akan dipotong,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, Kerajaan Persekutuan yang kukuh dan stabil perlu dibentuk dengan dengan kerjasama empat parti dari Sarawak yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).


“Kerajaan Persekutuan pasti tidak mampu berdiri dengan sendiri tanpa sokongan daripada GPS dan apabila kerajaan stabil dibentuk, kita boleh memberi tumpuan untuk tingkatkan ekonomi kita.

“Kita sudah tidak mempunyai banyak masa untuk berfikir, buatlah keputusan tepat untuk kita memastikan kerajaan yang dibentuk (dengan kerjasama GPS) adalah kerajaan yang mampu menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

Ismail Sabri turut memberi jaminan, jika beliau dipilih semula sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15 Sabtu ini, fokus Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Sarawak akan terus menjadi keutamaan.

Malah kata beliau, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), beliau turut berjanji untuk menyelesaikan segala tuntutan hak Sarawak yang tertunggak.

“Kerajaan yang dipilih nanti juga haruslah kerajaan yang bertanggungjawab, bukan kerajaan yang hanya tahu membatalkan projek yang diperlukan rakyat.

“Pengundi harus berhati-hati agar jangan tersalah membuat pilihan, kerana jika tersilap, rakyat akan merana,” katanya.

Mengenai pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Seksyen Selangau itu, Ismail Sabri berkata, ia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam usaha membangunkan Sarawak.

“Dulu, projek ini di bawah Pan Borneo Fasa 2 tetapi dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas BN tumbang, malah empat jambatan di jalan raya pesisir Sarawak turut dibatalkan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori